"Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu.Sesungguhnya ALLAH mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Surah Ali Imran:120)
ـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, December 30, 2009

RM150,000 DI GUNAKAN. KINI MENJADI GAJH PUTIH

Gelanggang serba guna Taman Intan jadi gajah putih




TELUK INTAN - Sebelum ini penduduk Taman Intan Mutiara menaruh harapan agar ada pihak tertentu menyediakan kemudahan rekreasi dan sukan bagi membolehkan mereka terutama anak muda menghabiskan masa dengan perkara berfaedah.

Tidak lama kemudian kerajaan negeri menerusi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah memperuntukkan kira-kira RM150,000 bagi tujuan itu dan terbinalah sebuah gelanggang yang boleh dijadikan medan untuk anak muda bersukan.

Bagaimanapun, setelah gelanggang itu siap, sehingga kini belum ada tanda-tanda ia boleh digunakan, sedangkan penduduk di taman itu teringin sangat menggunakannya untuk beriadah dan menjalankan aktiviti berfaedah.

Inilah hakikatnya berlaku di perumahan taman itu apabila gelanggang yang dibina dengan peruntukan ratusan ribu ringgit itu hanya sekadar menjadi gajah putih, apabila penduduk tidak dibenarkan menggunakannya.

Wakil penduduk, Mustafa Nazri Yahaya, 41, berkata, penduduk di situ amat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang lebih mementingkan diri daripada penduduk..

Sumber

Saturday, December 26, 2009

TAKLIMAT DAN DIALOG SERTA PELANCARAN BRIGED PENGGUNA BESTARI PAS PERAK


Tarikh : 27 Disember 2009 ( Ahad )
Masa : 09.00 Pagi hingga 01.00 T/ Hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat PAS Perak, Medan Istana Ipoh.

Pendaftaran : RM 40.00 tiap kawasan / dewan
Pesrta : 4 orang tiap kawasan/ dewan ( Pengerusi Lajnah, Setiausaha dan 2 Ahli Jawatankuasa atau wakil )

Aturcara Program :

09.00 pagi : Pendaftaran
09.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
09.35 Pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Perak
09.45 Pagi : Ucapan Perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak
10.05 Pagi : Rehat - Minum Pagi
10.30 Pagi : Taklimat Oleh Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pusat merangkap Naib Presiden PAS
YB. Dato' HJ. Mahfoz Omar
11.30 Pagi : Dialog
12.30 T/Hari : Pelancaran Briged Pengguna Bestari PAS Perak oleh YB Dato' Hj. Mahfoz Omar
12.40 T/Hari : Penyampaian Cenderahati
12.50 T/Hari : Makan Tengahhari, Solat Zohor Berjamaah dan Bersurai

04.30 ptg : Majlis Dialog Dan Hitea di Pondok Kg. Selboh. Belanja . Parit. ( Hubungi : Ust. Samsul/su lpas pas perak - 019-4271315 / su pas parit 019-5773644 )
Bersama 1. Sdr. Abdul Rahim Bin Mohd. Noordin ( Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Perak )
2..YB Mohd. Taufek Bin Abdul Ghani - Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar/ AJK PAS Pusat merangkap ADUN Paroi N.S.
3. Cikgu Badrul Hisham Shahrin MPT PKR

Kupon : RM 3.00 satu

08.45 malam : Ceramah Umum di Kg. Kubang Candong Bota Kanan.Bota. Parit
1. Cikgu Badrul Hisham Shahrin -MPT PKR
2. Dr. Najihatul Solehah - Exco DMP Pusat
3. YB. Mohd. Taufek Bin Abdul Ghani -AJK PAS Pusat

* Tertakluk Kepada Pindaan

Hello,Hello...jumpa di Hospital Bahagia 10 tahun lagi!



Mahu curikah?Persatuan Pengguna Pulau Pinang (PPPP) menyeru kerajaan supaya mengharamkan penggunaan telefon bimbit.

Presiden PPPP, SM Mohamed Idris berkata, seorang pakar neursurgeon yang berpengkalan di US telah memberi amaran baru-baru ini bahawa telefon bimbit boleh menjadi ancaman yang lebih bahaya kepada kesihatan manusia berbanding dengan merokok malahan asbestos.

“Kewaspadaan terbaru ini menunjukan bahawa penggunaan telefon bimbit melebih 10 tahun mungkin akan menggandakan risiko mendapat kanser otak,” kata Idris di sini

Wednesday, December 23, 2009

Penggunaan Istilah Halal kepada Bak Kut Teh

LAJNAH PENGGUNA PAS NEGERI PERAK


 PETALING JAYA, Dis 22 — Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

Ia juga ditentang oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau tidak bersetuju dengan pengenalan makanan bak kut teh halal itu.

Maamor berpendapat, langkah itu sebagai salah satu cara halus mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi.

Oleh itu beliau bimbang penyalahgunaan istilah itu akan membuatkan umat Islam lama kelamaan tidak lagi rasa jijik terhadap babi.

“Saya harap Jakim dapat bertindak tegas dengan tidak memberikan logo halal terhadap makanan berkenaan,” katanya.
-utaraonline-

Ikhsan dari

PERUTUSAN AWAL MUHARRAM PESURUHJAYA PAS PERAK

LAJNAH PENGGUNA PAS NEGERI PERAK



ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.Saudara-saudari muslimin-muslimat yang dihormati sekelian, Pada hari ini maka genaplah 1431 tahun sejak Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah.Demikianlah pentingnya penghijrahan ini sehingga tarikhnya dijadikan tarikh permulaan bagi perkiraan zaman Islam.Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama 13 tahun lebih awal dari penghijrahan ke Madinah. Penentuan penghijrahan sebagai tarikh permulaan zaman Islam tentulah mempunyai erti yang istimewa.

2. Jika kita kaji sejarah Islam dan sejarah dunia kita akan dapati bahawa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. pada 1hb. Muharam tahun pertama Islam adalah satu peristiwa yang bukan sahaja membawa kesan kepada umat Islam pada ketika itu dan pada zaman ini tetapi bagi seluruh umat manusia. Dari tarikh itulah bermula perkembangan Islam dengan pesatnya ke seluruh dunia sehingga berlakulah perubahan-perubahan yang kekal hingga sekarang. Penghijrahan juga menjadi satu tauladan bagi umat Islam tentang kesabaran dan ketabahan hati dalam menghadapi penindasan dan cabaran yang mana inilah yang akhirnya membawa kejayaan.

3. Penghijrahan merupakan satu ikhtiar dan penyerahan kepada Allah Subhanahuwataala. Penyerahan sahaja tanpa ikhtiar tidak akan membawa kemenangan. Perjalanan dari Mekah ke Madinah yang jauh melalui padang pasir, dengan dikejar oleh musuh dan perompak adalah juga satu ujian terhadap keteguhan iman mereka yang menyertai kumpulan ini.Dan tidak syak lagi pengalaman penghijrahan telah mengukuhkan semangat pengikut-pengikut Nabi serta mengkagumkan orang-orang Madinah.(Baca selanjutnya)