"Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu.Sesungguhnya ALLAH mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Surah Ali Imran:120)
ـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, January 13, 2010

Ziarah YAB Dato Seri Ir Hj Mohamad NIzar Jamaluddin dan bapa mertua Ust Shamsul bin Hj Bushro Setiausaha LPAS Perak



MAJLIS PERLANCARAN IKATAN ANAK-ANAK TAPAH DI PERANTUAN










PELANCARAN IKATAN ANAK-ANAK TAPAH DIPERANTAUAN

SEMPENA MAJLIS HI-TEA BERSAMA YAB DATO SERI IR. HJ. MOHAMAD NIZAR B. JAMALUDIN


ANJURAN IKATAN ANAK ANAK PERAK DIPERANTAUAN

TARIKH : 24 MUHARRAM 1431 / 10 JANUARI 2010

MASA : 02.45 PETANG

TEMPAT : DEWAN MPSJ PUCHONG INDAH


PERASMIAN DAN PELANCARAN OLEH :

A.F. UST. MISBAHUL MUNIR B. HJ. MASDUKI

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK

MERANGKAP SETIAUSAHA POLITIK

( MENTERI BESAR PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK )


PENGERUSI MAJLIS – TN HJ. YASIM


UCAPAN YDP PAS TAPAH MERANGKAP PENASIHAT IKATAN ANAK-ANAK TAPAH DIPERANTAUAN

JUGA SELAKU PENGERUSI LAJNAH PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR PAS PERAK

( ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOORDIN )


PERANCANGAN UNTUK MENUBUHKAN IKATAN ANAK-ANAK TAPAH DIPERANTAUAN TELAH LAMA DIBINCANGKAN DIKALANGAN SAHABAT, RAKAN SEKAMPONG DAN SAUDARA MARA, YANG BERADA DIPERANTAUAN SAMADA DIDALAM NEGERI DAN DILUAR NEGERI. SYUKUR ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA CIKGU IDHZAM PRESIDEN IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN DAN JASABAIK JAWATANKUASA IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN SERTA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HI-TEA PADA HARI INI. TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA PADA SEMUA YANG HADIR , JASAMU TETAP DIKENANG.


OBJEKTIF

1 MENUBUHKAN JAWATANKUASA IKATAN ANAK-ANAK TAPAH DIPERANTAUAN

2 MENJADIKAN (IAATDP) SEBAGAI PLATFORM MENGERATKAN SILATURRAHIM

( HABLUMMINANNAS )

3 MEMENAFAATKAN SEMUA POTENSI (IAATDP) UNTUK MENYUMBANG KEPADA

KESEJAHTERAAN MASYARAKAT TAPAH KHUSUSNYA DALAM SEMUA ASPEK.

( AGAMA, PENDIDIKAN,KEBAJIKAN EKONOMI, SOSIAL DSB )


SASARAN

1 ANAK-ANAK TAPAH YANG BERADA DI KUALA LUMPUR, LEMBAH KELANG, SELANGOR.

2 ANAK-ANAK TAPAH YANG BERADA DI NEGERI LAIN SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SERAWAK.

3 ANAK-ANAK TAPAH YANG BERADA DILUAR NEGARA SELURUH DUNIA.



SEJARAH TAPAH


DIPETIK DARI BUKU HADIAH TN. HJ. AHMAD DARJI BIN MUTHALIB

BEKAS BENDAHARI DPP PUSAT DAN BEKAS BENDAHARI BPPPK.

DIPADANKAN DARIPADA CERITA MULUT ORANG TUA-TUA OLEH CIKGU A. KAMARUDDIN ARIFFIN

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN JALAN PAHANG TAPAH. PERAK TAHUN 1976



VERSI 1 - TOK TUA SAKTI KALAH SABONG AYAM DAN MIMPI IKAN TAPAH MENOLONG APABILA SEEKOR IKAN TAPAH SEBESAR MANUSIA TERDAMPAR DI KUALA TAPAH DAN DIBELAH PERUTNYA YANG MENGANDUNGI EMAS. SEPARUH EMAS DIGUNAKAN UNTUK MENEBUS PERTARUHAN DAN SEPARUH DISIMPAN TOK TUA SAKTI. BELIAU BERSUMPAH TIDAK MAKAN IKAN TAPAH TERMASUK SEMUA KETURUNANNYA. JIKA MAKAN DAPAT PENYAKIT KULIT DAN BOLEH DISEMBUHKAN DENGAN MINUM AIR YANG DIRENDAM DENGAN EMAS DARI PERUT IKAN TAPAH TERSEBUT. BELIAU BERTAUBAT DAN MERAJUK PERGI KE LAMBOR DAN BERKAHWIN DISANA TERUS KE PANGKOR DAN BALIK KE SIAK MINANGKABAU SUMATERA TEMPAT ASALNYA. TAPAH DIAMBIL SEMPENA PERISTIWA IKAN TAPAH DI KUALA TAPAH. ( ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI )



VERSI 2 - CERITA PAK KADOK DARI LAMBOR YANG DITULIS OLEH RAJA HJ. YAHYA B. RAJA HJ. MUHAMMAD DARI CENDERIANG ( JANDA RIANG ). TAPAH. PERAK. BELIAU PERNAH MENJADI MUFTI PERAK DAN PENGHULU MUKIM CENDERIANG. CERITA PAK KADOK SUNGGUH POPULAR DAN DICETAK BERKALI KALI OLEH OXFORD UNIVERSITY PRESS KUALA LUMPUR.



RUJUK BUKU


SEJARAH PILIHANRAYA

1969 - PR - DAP – PARLIMEN – SDR.. LOH JEE MEE

DAP - DUN TAPAH ROAD ( AYER KUNING ) – EN. IBRAHIM SINGGE ( 5 TAHUN DI PENJARA- UNION DAN KEMERDEKAAN )

1978 - USTAZ HJ. MAHFOZ BIN HJ. ANWAR ( ABANG ALLAHYARHAM USTAZ BUSRO PENGASAS

PAS KAWASAN TAPAH.

1982 - USTAZ BUSRO – PARLIMEN TAPAH

IBRAHIM BIN BAHAUDDIN – DUN AYER KUNING

1986 - USTAZ BUSRO ( PAS) - PARLIMEN TAPAH

HJ. JAMAL TG KERAMAT ( PAS ) – DUN AYER KUNING

1990 - HJ. WAHAB – (SEMANGAT 46) – PARLIMEN

SDR. MUSTAFA BIN ABDULLAH (SEMANGAT 46) – DUN AYER KUNING

1995 - SDR. HAMKA BIN JUMAH ( PAS ) – PARLIMEN TAPAH

HJ. WAHAB ( SEMANGAT 46 ) – DUN AYER KUNING

1999 - SDR. KAMARUDDIN AWANG TEH ( BARISAN ALTERNATIF ) PARLIMEN

- PEGUAM ASRI ( DAP ) – DUN AYER KUNING

2004 - DR RADHI – (PAS - BARISAN ALTERNATIF ) – PARLIMEN TAPAH

CIKGU KHALIL SHAH JAMALUDDIN ( PKR )- DUN AYER KUNING

DUN CENDERIANG ( CALON INDIA PKR

2008 - SDR TAN SENG TOH ( PKR - BA) – PARLIMEN

DR RADHI ( PAS – BA ) – DUN AYER KUNING

PILIHANRAYA KE 13 - PARLIMEN PR MENANG

- DUN CENDERIANG PR MENANG

- DUN AYER KUNING PR MENANG


Disediakan oleh : ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOORDIN

YDP PAS TAPAH - 019- 5700168

10 JANUARI 2010



UCAPAN PRESIDEN IKATAN ANAK-ANAK PERAK DIPERANTAUAN

( CIKGU IDHZAM BIN AHAMAD )


BELIAU MENGUCAPKAN SYUKUR KEPADA ALLAH DAN TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG HADIR MENJAYAKAN MAJLIS HI-TEA PADA PETANG INI YANG MERUPAKAN PROGRAM KE 7 IKATAN ANAK-ANAK PERAK DIPERANTAUAN. BELIAU MENEKANKAN SUPAYA AHLI IKATAN ANAK-ANAK PERAK DIPERANTAUAN AKAN KEPENTINGAN BEROGANISASI. SETAKATINI SUDAH LEBIH KURANG 1400 AHLI DAPAT DIKUMPULKAN. BELIAU MENYERU SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENAMBAH KEAHLIAN LAGI. DENGAN ADANYA IKATAN ANAK-ANAK PERAK DIPERANTAUAN DAN IKATAN ANAK-ANAK TAPAH YANG AKAN DILANCARKAN AKAN DAPAT MENGGABONGKAN SEMUA POTENSI BAGI MENJAGA KEBAJIKAN AHLI DAN SEBAGAINYA KATA CIKGU IDZAM YANG JUGA MERUPAKAN BEKAS CALON N. SRI SERDANG DALAM PARLIMEN PUCHONG. BELIAU KALAH 45 UNDI SAHAJA DALAM PILIHANRAYA KE 12 YANG LALU.



UCAPAN PERASMIAN OLEH USTAZ MISBAHUL MUNIR HJ. MASDUKI YANG MEWAKILI YAB DATO SERI IR. HJ. MOHAMAD NIZAR B. JAMALUDDIN YANG TAK DAPAT HADIR KERANA MASIH BEREHAT SETELAH TERLIBAT DENGAN SATU KEMALANGAN DIIPOH.



USTAZ MISBAH SELAKU SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK MERANGKAP SETIAUSAHA POLITIK MB TELAH MENELEFON DATO SERI DAN MEMPERDENGARKAN UCAPAN DATO SERI SECARA LANGSUNG MELALUI PEMBESAR SUARA . ANTARA LAIN DATO SERI MENGUCAPKAN SYABAS PADA CIKGU IDZAM PRESIDEN DAN AHLI JAWATANKUASA IKATAN ANAK-ANAK PERAK DIPERANTAUAN YANG BERJAYA MENGADAKAN MAJLIS HI TEA. BELIAU MOHON MAAF PADA SEMUA KERANATIDAK DAPAT HADIR BERSAMA ATAS NASIHAT DOKTOR UNTUK BERIHAT. WALAUBAGAIMANAPUN BELIAU MENGHARAPKAN RAKYAT PERAK DAN MALAYSIA TIDAK USAH RISAU DENGAN KEJADIAN KEMALANGAN TERSEBUT KERANA BELIAU HANYA MENDAPAT LUKA KECIL DAN SYUKUR PADA ALLAH DAN HANYA PERLU BERIHAT ATAS NASIHAT DOKTOR.


BELIAU JUGA MENGUCAPKAN SYABAS PADA SDR. RAHIM YANG MENGORAK LANGKAH MELANCARKAN IKATAN ANAK-ANAK TAPAH DIPERANTAUAN. MUDAH-MUDAHAN USAHA MURNI INI DAPAT MEMBERI KEBAIKAN PADA KITA SEMUA KHUSUSNYA KEMENANANGAN DUN AYER KUNING TAPAH YANG ADA POTENSI DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

BELIAU MENGUCAPKAN SALAM PADA SEMUA DAN MENGAJAK TERUS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT SEMUA


USTAZ MISBAH DALAM UCAPAN SETERUSNYA DALAM MENYATAKAN MISI MENAWAN KEMBALI HATI RAKYAT, MENDEKATI RAKYAT DAN AMANAT PJ PERAK UST. ABU BAKAR HUSIN YANG MENGARAHKAN SEMUA AHLI DAN MENYERU RAKYAT PERAK BERPUASA TIAP HARI ISNIN DAN KHAMIS, BERBUKA PUASA BERSAMA DAN SOLAT HAJAT BERSAMA.


DI PERAK PROGRAM CERAMAH DIJALANKAN SETIAP MALAM DAN MENYERU SUPAYA KEPAKARAN ANAK-ANAK PERAK INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK MEMBANTU KEMENANGAN DIPERAK.


PAKATAN RAKYAT PERAK TELAH MERANGKA MANIFESTO BERSAMA DAN HAMPIR 90% TELAH PUN DILAKSANAKAN SEMASA 19 BULAN PEMERINTAHAN YANG LALU.


PERAK DIKENALI SEBAGAI “ DARUL KARTUN “ KERANA ADA DUA MENTERI BESAR DAN BAJET 2010 “ BAJET KARTUN “ KERANA LULUS DALAM SIDANG DEWAN DALAM MASA LEBIH KURANG 20 MINIT SAHAJA.


DALAM KES TUNTUTAN MAHKAMAH OLEH DATO SERI NIZAR SIAPA MENTERI BESAR YANG SAH BELIAU MANARIK PERHATIAN DALAM KES MAMALI YANG SUDAH HAMPIR 25 TAHUN TETAPI MAHKAMAH MASIH BELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.


DIPERAK ADA LEBIH KURANG 500,000 ANAK MUDA YANG BELUM DIDAFTARKAN. BELIAU MENYERU IKATAN ANAK-ANAK PERAK DAN IKATAN ANAK-ANAK TAPAH DAN SELEPAS INI BAGAN DATOK DAN KAWASAN LAIN AGAR DAPAT MEMBANTU KEMENANGAN PERAK PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG.


AKHIR PROGRAM USTAZ MISBAH TELAH MELANCARKAN IKATAN ANAK-ANAK TAPAH DIPERANTAUAN BERSAMA PRESIDEN IKATAN ANAK-ANAK PERAK DIPERANTAUAN SDR. CIKGU IDHZAM DENGAN MEMOTONG IKATAN BUNTING GAMBAR DATO SERI NIZAR.


Rokok merosakan otak korang!

Sesetengah pengguna, mengakui mereka merokok adalah untuk melegakan tekanan dan merehatkan minda. Ada juga yang merokok kerana mengikut trend contohnya nak jadi lelaki macho mesti merokok. Nak jadi wanita bergaya atau yang ada style mesti merokok. Ada juga yang terikut-ikutkan kawan. Bila kawan-kawan merokok, diri tidak boleh menahan untuk ikut serta.

Tahukah anda dengan mengambil rokok, kita telah mengundang penyakit kepada diri kita sendiri. Malah kepada orang lain di sekeliling kita juga. Kerana setiap asap rokok yang kita sedut, akan memberi kesan kepada paru-paru, otak dan jantung kita.
Kandungan tar, nicotine dan bahan kimia yang lain akan mengakibatkan penyakit kanser, tibi dan pendarahan dalam otak.

Setiap asap rokok yang dihidu mengandungi 4000 bahan kimia dan 200 daripadanya adalah beracun, manakala 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Dari asap yang dihidu itu juga boleh menyebabkan darah membeku dan mengakibatkan strok. Strok boleh membunuh dan mengakibatkan buta atau lumpuh.

Pelajar terdedah bahan khayal, lucah

Lambakan pil dan serbuk khayal murah, bahan bacaan berunsur seks dan lucah serta pil perangsang seks masih didapati dijual secara terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan belia di sekitar ibu negara, menurut Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA).

Presiden MCPA Ravi Ponnan berkata berdasarkan pemantauan NGO itu, cakera padat lucah, pemetik api dan kad permainan daun terup yang memaparkan imej wanita separuh bogel turut dijual.

"Kesemua barangan ini dan juga alat renjatan elektrik dan pistol mainan berkualiti tinggi juga boleh didapati dengan mudah dan murah di pasar-pasar awam dan kedai runcit," katanya dalam satu sidang media. Baca lagi di sini

Tuesday, January 12, 2010

Maklumat Awam

Berikut terdapat beberapa maklumat yang berguna untuk kita kongsi bersama sebagai panduan :

Ayam Tesco

Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian.Ayam Tesco tak halal untuk makluman semua !!!

Coca-cola

Terdapat bendasing dalam coca cola yg belum dibuka

Kopi Pahlawan

Kopi ini dilaporkan mengandungi racun membawa maut

GSB Seafood Ent

Bebola ikan yg diproses dari usus babi

Sila war - warkan kpd kawan². SUMBER DARI, Ms Junaidah SHEIKH MOHD NAZRI BIN SHEIK ABU Unit Pengurusan Pengairan Bahagian Pembangunan Taman Jabatan Landskap & Taman PERBADANAN PUTRAJAYA. Tel : 03-88877530 / 012-3387640

Monday, January 4, 2010

Turunkan BN Dahulu Pengerusi Lajnah Pengguna Alam Sekitar PAS Perak


IPOH: Kenaikan harga gula 20 sen sekilogram baru baru ini disifatkan sebagai membebankan rakyat di negara ini kerana hampir semua rakyat memerlukannya walaupun seseorang itu mengidap penyakit diabetis.

Alasan menaikkan harga gula yang dicanangkan sesetengah pihak kononnya untuk mengajar rakyat mengurangkan penggunaan gula untuk kesihatan hanyalah satu alasan untuk mengiyakan kenaikan harga tersebut.

"Inilah hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia oleh Kerajaan BN 1Malaysia."

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Negeri Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin, sebagai reaksi kepada kenaikan harga gula yang diumumkan oleh kerajaan baru baru ini.

"Pemimpin pemimpin Umno riuh rendah dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat diutamakan. tetapi realitinya hari ini slogan hanya slogan untuk memikat rakyat tetapi jelas kini rakyat tidak diutamakan," katanya.

Gula adalah untuk semua rakyat, diperlukan sama ada pengambilannya sedikit atau banyak, tetapi ianya tetap barang keperluan, kerana itu kerajaan mesti prihatin perkara ini dengan tidak menaikkan harga gula, jika harga naik, nanti minuman dan makanan yang ada kaitan dengan penggunaan gula kemungkinan akan turut naik harganya, jelasnya.

Sehubungan dengan itu beliau menyokong penuh kenyataan Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar berkaitan dengan isu gula.

Menurutnya BN tidak lagi boleh diharapkan untuk menjaga dan membela rakyat, lagi lama dibiarkan memerintah negara ini, rakyat akan merasai keperitan hidup, akan datang entah apa lagi barangan yang dinaikkan harganya.

"Sebelum barang naik lagi, BN mestilah diturunkan dahulu, biar jari jari pengundi yang memangkah kertas kertas undi menentukkanya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti" ujarnya

Saturday, January 2, 2010

Air Bertakung Di Parit Depan Kedai Makan





Pagi 1 Januari 2010 saya dan isteri pergi bersarapan pagi disebuah gerai di simpang pulai jalan menghala ke Cameron Highland berhadapan Balai Bomba baru. Selesai minum pagi saya menyeberangi titi menghala ke kereta.


Dukacita dilihat air dalam parit itu bertakung tidak mengalir. Mungkin tersumbat dimana-mana.Dikhuatiri ianya tempat nyamuk membiak. Saya melihat kedai minum itu amat maju dan tempat pelancong asing dan mereka yang hendak menghala ke Cameron Highlang singgah minum.


Selaku Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Perak saya mengharapkan pihak berwajib samaada pihak berkuasa tempatan atau agensi lain dapat membuat lawatan dan membuat sesuatu tindakan sewajarnya untuk menjaga keceriaan alam sekitar kita tambahan Simpang Pulai dan jalan menghala ke Cameron Highland merupakan jalan utama untuk pelancong.


Sama-samalah kita menjaga Hak-Pengguna dan Alam Sekitar untuk hidup yang lebih segar dan ceria.

Sekian .. Terima Kasih..

" PENGGUNA BIJAK ALAM SEKITAR CERIA "


ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOORDIN
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Perak. (LPAS )
019-5700168

Friday, January 1, 2010

Gula : Rakyat Diseksa, Raja Gula Baru Gembira

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye menyifatkan kenaikan harga runcit gula bagaikan “Hadiah Tahun Baru” yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).Beliau yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, impak dari kenaikan harga runcit gula akan mencetuskan inflasi dalam negara.

Rakyat terutamanya pekerja terpaksa menanggung semua kos kenaikan tersebut tetapi bukannya pengeluar.

Beliau mengulas langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilo gram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilo gram di Sabah dan Sarawak hari ini.

Lee memberitahu pada tahun 2009 Menteri berkenaan Dato’ Seri Ismail Sabri pernah berkata subsidi gula akan diperincikan. Laporan penuh akan dibawakan untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen. Tetapi, pengumuman yang tergesa-gesa itu menjejaskan kredibiliti kerajaan BN.

Menurut beliau, kenaikan harga gula sebenarnya merupakan hadiah kepada Raja Gula yang baru. Slogan 1Malaysia, “Rakyat didahulukan” menjadi janji kosong yang mengabaikan nasib rakyat Malaysia, kini rakyat semakin terseksa.”

Beliau berkata, kini kerajaan telah menaikkan salah satu harga runcit barang kawalan, dan roti putih juga telah dikeluarkan dari skim barangan kawalan harga.

“Tambahan pula mekanisme baru subsidi petrol juga akan dikemukakan pada Mei depan dan dijangka tahun ini akan menambahkan beban rakyat kerana tercetusnya cabaran inflasi yang semakin meningkat.

Sumber:

Undilah BN lagi...


Bila harga rokok naik, alasan kerajaan ialah kerana hendak menggalakan rakyat supaya tidak merokok.Lepas tu, berkempenlah pula pasal kencing manis kerana mentadarah gula supaya rakyat tidak makan gula berlebihan...tup-tup, harga gula pun naik.Biasalah macam itu...Bila harga ayam mahal dipasaran, Pak Menteri pun nasihat suruh rakyat makan ikan . Depa ingat ikan murah kerrr?Apasal tak nasihat rakyat supaya makan rumput sahaja?

Malam tadi,harga runcit gula dinaikkan 20 sen sekilogram kepada RM1.65 diSemenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai .

Kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.Maknanya harga roti akan naik

Minggu lepas KERAjaan BN cakap harga gula tidak akan dinaikkan, tengok apa dia orang sudah buat !!! Itulah untungnya mengundi BN. Semua Barang Naik untuk kebajikan rakyat.Jangan risau walaupun gula naik, roti naik….

Yang susah semakin SUSAH, semua barang dijangka naik termasuk susu, tepung, ikan, gas masakan dan macam-macam lagi.Negara Untung Rakyat Tanggung!

Pelancaran Briged Pengguna Bestari Perak


Bertempat di Pejabat Peneranagan PAS Perak pada 27 Disember yang lalau, YB.Dato' Mahfoz Omar, selaku Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS)PAS Pusat telah turun ke Ipoh untuk merasmikan LPAS PAS Perak.


Turut dilancarkan dalam majlis yang sama ialah penubuhan Briged Pengguna Bestari.Beliau mengucapkan syabas dan tahniah pada LPAS PAS Perak yang menganjurkan program tersebut dengan jayanya.

Mahfoz telah menerangkan Falsafah LPAS, VISI dan Misi serta pendekatan LPAS dalam menangani isu-isu kepenggunaan dan Alam sekitar. Lajnah ini adalah lajnah perkhidmatan dan pembelaan



Beliau menjelaskan , PAS suatu ketika dulu, telah memainkan peranan yang utama dan tegas alam Isu Insianerator di Broga N. Sembilan yang di kendalikan oleh Sdr. Zulkefly Omar , bekas calun Bagan Pinang yang lalu. Beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh " Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan sebagai menghargai usaha gigih beliau itu.

Mahfoz turut menyatakan bahawa Hari Pengguna biasanya diperingkat pusat disambut pada bulan Julai. Konsep Teknoloji Hijau ( Green Tecknologi ) yang diamalkan dunia hari membawa dunia akhirnya kembali ke sunatullah.

Menurutnya lagi, LPAS PAS Pusat telah menganjurkan " Kempen Kurangkan Penggunaan Plastik ".



Pada Ramadhan lepas " Kempen Pengguna Bestari " untuk tidak membazir wang telah dilakukan dengan memboikot berbuka dihotel dengan harga yang mahal.

Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Perak kerana telah mengambil inisiatif awal menubuhkan Briged Pengguna Bestari.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati mug sumbangan jj, plak LPAS dan Vest Briged Pengguna Bestari pada YB.Dato' Mahfoz Omar dan Tn. Hj. Abd. Rahim Ariff.