"Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu.Sesungguhnya ALLAH mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Surah Ali Imran:120)
ـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, January 13, 2010

Rokok merosakan otak korang!

Sesetengah pengguna, mengakui mereka merokok adalah untuk melegakan tekanan dan merehatkan minda. Ada juga yang merokok kerana mengikut trend contohnya nak jadi lelaki macho mesti merokok. Nak jadi wanita bergaya atau yang ada style mesti merokok. Ada juga yang terikut-ikutkan kawan. Bila kawan-kawan merokok, diri tidak boleh menahan untuk ikut serta.

Tahukah anda dengan mengambil rokok, kita telah mengundang penyakit kepada diri kita sendiri. Malah kepada orang lain di sekeliling kita juga. Kerana setiap asap rokok yang kita sedut, akan memberi kesan kepada paru-paru, otak dan jantung kita.
Kandungan tar, nicotine dan bahan kimia yang lain akan mengakibatkan penyakit kanser, tibi dan pendarahan dalam otak.

Setiap asap rokok yang dihidu mengandungi 4000 bahan kimia dan 200 daripadanya adalah beracun, manakala 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Dari asap yang dihidu itu juga boleh menyebabkan darah membeku dan mengakibatkan strok. Strok boleh membunuh dan mengakibatkan buta atau lumpuh.

No comments: