
Bertempat di Pejabat Peneranagan PAS Perak pada 27 Disember yang lalau, YB.Dato' Mahfoz Omar, selaku Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS)PAS Pusat telah turun ke Ipoh untuk merasmikan LPAS PAS Perak.

Turut dilancarkan dalam majlis yang sama ialah penubuhan Briged Pengguna Bestari.Beliau mengucapkan syabas dan tahniah pada LPAS PAS Perak yang menganjurkan program tersebut dengan jayanya.
Mahfoz telah menerangkan Falsafah LPAS, VISI dan Misi serta pendekatan LPAS dalam menangani isu-isu kepenggunaan dan Alam sekitar. Lajnah ini adalah lajnah perkhidmatan dan pembelaan
Beliau menjelaskan , PAS suatu ketika dulu, telah memainkan peranan yang utama dan tegas alam Isu Insianerator di Broga N. Sembilan yang di kendalikan oleh Sdr. Zulkefly Omar , bekas calun Bagan Pinang yang lalu. Beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh " Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan sebagai menghargai usaha gigih beliau itu.
Mahfoz turut menyatakan bahawa Hari Pengguna biasanya diperingkat pusat disambut pada bulan Julai. Konsep Teknoloji Hijau ( Green Tecknologi ) yang diamalkan dunia hari membawa dunia akhirnya kembali ke sunatullah.
Menurutnya lagi, LPAS PAS Pusat telah menganjurkan " Kempen Kurangkan Penggunaan Plastik ".

Pada Ramadhan lepas " Kempen Pengguna Bestari " untuk tidak membazir wang telah dilakukan dengan memboikot berbuka dihotel dengan harga yang mahal.
Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Perak kerana telah mengambil inisiatif awal menubuhkan Briged Pengguna Bestari.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati mug sumbangan jj, plak LPAS dan Vest Briged Pengguna Bestari pada YB.Dato' Mahfoz Omar dan Tn. Hj. Abd. Rahim Ariff.
No comments:
Post a Comment