"Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu.Sesungguhnya ALLAH mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Surah Ali Imran:120)
ـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, January 1, 2010

Gula : Rakyat Diseksa, Raja Gula Baru Gembira

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye menyifatkan kenaikan harga runcit gula bagaikan “Hadiah Tahun Baru” yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).Beliau yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, impak dari kenaikan harga runcit gula akan mencetuskan inflasi dalam negara.

Rakyat terutamanya pekerja terpaksa menanggung semua kos kenaikan tersebut tetapi bukannya pengeluar.

Beliau mengulas langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilo gram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilo gram di Sabah dan Sarawak hari ini.

Lee memberitahu pada tahun 2009 Menteri berkenaan Dato’ Seri Ismail Sabri pernah berkata subsidi gula akan diperincikan. Laporan penuh akan dibawakan untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen. Tetapi, pengumuman yang tergesa-gesa itu menjejaskan kredibiliti kerajaan BN.

Menurut beliau, kenaikan harga gula sebenarnya merupakan hadiah kepada Raja Gula yang baru. Slogan 1Malaysia, “Rakyat didahulukan” menjadi janji kosong yang mengabaikan nasib rakyat Malaysia, kini rakyat semakin terseksa.”

Beliau berkata, kini kerajaan telah menaikkan salah satu harga runcit barang kawalan, dan roti putih juga telah dikeluarkan dari skim barangan kawalan harga.

“Tambahan pula mekanisme baru subsidi petrol juga akan dikemukakan pada Mei depan dan dijangka tahun ini akan menambahkan beban rakyat kerana tercetusnya cabaran inflasi yang semakin meningkat.

Sumber:

No comments: