"Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu.Sesungguhnya ALLAH mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Surah Ali Imran:120)
ـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, January 4, 2010

Turunkan BN Dahulu Pengerusi Lajnah Pengguna Alam Sekitar PAS Perak


IPOH: Kenaikan harga gula 20 sen sekilogram baru baru ini disifatkan sebagai membebankan rakyat di negara ini kerana hampir semua rakyat memerlukannya walaupun seseorang itu mengidap penyakit diabetis.

Alasan menaikkan harga gula yang dicanangkan sesetengah pihak kononnya untuk mengajar rakyat mengurangkan penggunaan gula untuk kesihatan hanyalah satu alasan untuk mengiyakan kenaikan harga tersebut.

"Inilah hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia oleh Kerajaan BN 1Malaysia."

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Negeri Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin, sebagai reaksi kepada kenaikan harga gula yang diumumkan oleh kerajaan baru baru ini.

"Pemimpin pemimpin Umno riuh rendah dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat diutamakan. tetapi realitinya hari ini slogan hanya slogan untuk memikat rakyat tetapi jelas kini rakyat tidak diutamakan," katanya.

Gula adalah untuk semua rakyat, diperlukan sama ada pengambilannya sedikit atau banyak, tetapi ianya tetap barang keperluan, kerana itu kerajaan mesti prihatin perkara ini dengan tidak menaikkan harga gula, jika harga naik, nanti minuman dan makanan yang ada kaitan dengan penggunaan gula kemungkinan akan turut naik harganya, jelasnya.

Sehubungan dengan itu beliau menyokong penuh kenyataan Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar berkaitan dengan isu gula.

Menurutnya BN tidak lagi boleh diharapkan untuk menjaga dan membela rakyat, lagi lama dibiarkan memerintah negara ini, rakyat akan merasai keperitan hidup, akan datang entah apa lagi barangan yang dinaikkan harganya.

"Sebelum barang naik lagi, BN mestilah diturunkan dahulu, biar jari jari pengundi yang memangkah kertas kertas undi menentukkanya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti" ujarnya

No comments: