"Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu.Sesungguhnya ALLAH mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Surah Ali Imran:120)
ـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, January 1, 2010

Undilah BN lagi...


Bila harga rokok naik, alasan kerajaan ialah kerana hendak menggalakan rakyat supaya tidak merokok.Lepas tu, berkempenlah pula pasal kencing manis kerana mentadarah gula supaya rakyat tidak makan gula berlebihan...tup-tup, harga gula pun naik.Biasalah macam itu...Bila harga ayam mahal dipasaran, Pak Menteri pun nasihat suruh rakyat makan ikan . Depa ingat ikan murah kerrr?Apasal tak nasihat rakyat supaya makan rumput sahaja?

Malam tadi,harga runcit gula dinaikkan 20 sen sekilogram kepada RM1.65 diSemenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai .

Kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.Maknanya harga roti akan naik

Minggu lepas KERAjaan BN cakap harga gula tidak akan dinaikkan, tengok apa dia orang sudah buat !!! Itulah untungnya mengundi BN. Semua Barang Naik untuk kebajikan rakyat.Jangan risau walaupun gula naik, roti naik….

Yang susah semakin SUSAH, semua barang dijangka naik termasuk susu, tepung, ikan, gas masakan dan macam-macam lagi.Negara Untung Rakyat Tanggung!

No comments: