LAJNAH PENGGUNA PAS NEGERI PERAK

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.
Ia juga ditentang oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman.
Beliau tidak bersetuju dengan pengenalan makanan bak kut teh halal itu.
Maamor berpendapat, langkah itu sebagai salah satu cara halus mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi.
Oleh itu beliau bimbang penyalahgunaan istilah itu akan membuatkan umat Islam lama kelamaan tidak lagi rasa jijik terhadap babi.
“Saya harap Jakim dapat bertindak tegas dengan tidak memberikan logo halal terhadap makanan berkenaan,” katanya.
2 comments:
Salam,sy mmg sudah lama meragui status sijil halal yg dikeluarkan oleh JAKIM,sebab mereka mudah sgt memberikan sijil halal tanpa syarat2 yg ketat.
JAKIM juga sepatutnya melakukan pemantauan yg lebih kerap kpd premis2 yg diberikan sijil tersebut supaya status halal itu benar2 terjamin.
Saya sudah linkkan blog ini dlm senarai blogger peminat tokguru.jika x jumpa klik pd "show all"
Post a Comment